PROFIL
Melahirkan pegawai simpanan Tentera Darat yang kompetan, profesional dan berintelektual untuk memenuhi aspirasi pertahanan Negara.
Melatih mahasiswa secara holistic dalam ilmu ketenteraan selari dengan visi dan misi Institusi Pengajian Tinggi Awam
WE ARE PALAPES UUM
- Melatih pelajar-pelajar IPTA dalam ilmu ketenteraan bagi membina insan berdisiplin dan bersemangat waja.
- Menyediakan sumber tenaga pegawai lepasan IPTA untuk Angkatan Tetap dan Angkatan Simpanan ATM.
- Menyediakan warganegara yang terlatih dalam bidang ketenteraan bagi mengukuhkan pertahanan negara dan ketahanan nasional.Menjadikan PALAPES UUM sebuah pasukan yang mampu melatih dan melahirkan Pegawai Muda Askar Wataniah yang baik.
- Menjadikan PALAPES UUM sebuah pasukan yang efisyen dan efektif dengan menekankan proses penambahbaikan berterusan di mana setiap anggota komited dalam usaha meningkatkan kualiti.
- Melahirkan budaya kerja yang melibatkan semua peringkat anggota bertanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang berkualiti, produktif, inovatif dan kreatif.
- Mewujudkan perhubungan yang rapat dan harmoni dengan pihak universiti demi memudahkan segala urusan berkaitan latihan dan pentadbiran.
- Mewujudkan suasana kerja harmoni di kalangan semua anggota.
IKRAR KESATRIA:
- Beriman kepada tuhan dan bertakwa kepadanya.
- Setia kepada negara dan sedia berkorban demi kepentingannya dengan tidak sekali-kali mengenal menyerah
- Memegang teguh disiplin tentera dan sentiasa menjunjung tinggi sikap keperwiraan dan kehormatan tentera.
- Mengutamakan perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas.
- Menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya.